. .

Tuesday, April 25, 2006

Assalamu'alaikum!

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah.. (ku tarik nafas sedalam2nya, dan ku hembuskan dengan sepanjang yang mampu..)
Sudah lama rasanya aku tidak menjenguk ruangan bisu yang dah lama tak berbicara ni. kerana apa yang dibicarakan, kebanyakkannya dari hati. kerana ade orang kate, mulut lelaki terletak pada hatinya, dan hati perempuan pula terletak pada mulutnya. tapi ramai jugak manusia2 (tak kiralah lelaki atau perempuan...) yang hati nya terletak pada nafsu semata-mata. apa yang dikejar dan dicari pun aku tak tahu... (kenapa pembuka hari yang dah lame ni aku asyik berbicara pasal manusia, dan bukan diriku sendiri?? yelakan? kerana aku pun manusia juga. manusia yang kadang2 tak pernah akur dan patuh pada perintah Yang Maha Pencipta. Tak pernah sujud takut padaNya. tak pernah berdoa kerana mensyukuri setiap sedutan nafas ini, yang menggerakkan darah2 dalam arteri2 dan pembuluh darah yang berjuta2 laluannya yang tak pernah kita nampak! dan sesungguhnya, aku adalah manusia yang angkuh dan masih sombong!!!)

tidak salah mengkritik diri... biarlah diri ini belajar untuk bermuhasabah diri... Aku masih insan yang sombong! bongkak! riak! dan berbangga dengan status sebagai seorang manusia! di Kala azan sedang berkumandang, aku tak mampu untuk merasai ketakutan dalam diri ini. takutkan akan laungan Allahu Akhbar yang memanggil2 setiap yang mendengar untuk segera mengerjakan SOLAH, secara BERJEMAAH!!! Ah... aku masih bongkak dan sombong!! YA ALLAH, aku masih lagi seorang manusia, yang belum hadir dalam ini perasaan takut dan chuak kepada Mu.

YA ALLAH, Bantulah Kami... Bantulah Kami..

Kami meminta pada Mu apa yang kami mahu, tapi kami masih tidak sempurna untuk menunaikan apa yang Kau suruh kami laksanakan..

YA ALLAH.. lemanya kami ni YA ALLAH..

sekadar muhasabah dan renungan untuk diri sendiri, dan semua yang membaca...