. .

Wednesday, February 22, 2006

LEPAS SOLAT?

Zikir Setelah Sholat

Dari Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz kepada seluruh orang melihat tulisan ini dari kalangan kaum muslimin


“Merupakan dari perbuatan sunnah, seorang muslim mengucapkan setelah setiap shalat fardu membaca ASTAGHFIRULLAH tiga kali, kemudian dilanjutkan dengan:

ALLAHUMMA ANTAS SALAAM WA MINKAS SALAAM TABAARAKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKRAAM

LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH

LAA ILAAHA ILLALLAHU, LAA NA'BUDU ILLA IYYAHU, LAHUN NI'MATU WALAHUL FADHLU WALAHUTS TSANAA-UL HASAN, LAA ILAAHA ILLALLAHU, MUKHLISHIINA LAHUDDINA WALAU KARIHAL KAAFIRUUN, ALLAHUMMA LAA MAA NI'A LIMAA A'THOITA, WA LAA MU'TIYA LIMAA MANA'TA, WALAA YANFA' DZAL JADDI MINKAL JADDU.

Khusus setelah shalat subuh dan maghrib, bacalah zikir yang dibawah ini sepuluh kali setelah mengucapkan zikir yang di atas:

LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU YUHYII WAYUMIIT WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR

Kemudian membaca:


SUBHAANALLAH tigapuluh tiga kali,
ALHAMDULILLAH tigapuluh tiga kali;
ALLAHU AKBAR tigapuluh tiga kali;

untuk melengkapi bilangan menjadi seratus bacalah:

LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR

Kemudian membaca ayat kursi, kemudian surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kalau seandainya setelah shalat subuh dan maghrib dibaca tiga kali.

Inilah yang lebih baik (afdhal) dan semoga Allah menganugerahkan shalawat dan salam kepada nabi kita Muhammad dan atas keluarga beliau dan sahabat-sahabatnya serta yang mengikutinya dengan baik sampai hari pembalasan.

Tuesday, February 14, 2006

DI JANUARI

Bismillahirahmnirrahim, Assalamu’alaikum wmt.

Terasa teramat lama saya tidak ‘menulis’ dalam lembaran bisu ini, lantaran kerana kesibukan dunia, tiada kelapangan masa, dan juga persiapan untuk ulang tahun si Dear!

Sememangnya Tahun Baru 2006, membawa seribu satu cabaran yang harus ku galas dengan penuh sabar dan ketekunan. Kerana usaha sangat diperlukan bagi menjayakan Tahun 2006! Mungkin ku sudah terlewat untuk menyatakan azam kepada sahabat2 semua, sedangkan masa terus berlalu. Dan kini, bulan Februari terus mengejar keesokan harinya, untuk terus mengintai bulan Mac yang mendatang. Bak kata2 Imam Al-Ghazali tentang maksud kejauhan dalam hidup manusia., tiada apa yang paling jauh dengan kita, melainkan MASA SILAM, kerana walau sedekat manapun, mana mungkin kita boleh mencapai dan mendengus kembali nafas untuk hari2 semalam! Dan begitu juga dengan maksud hampir! Kerana tiada apa yang paling hampir dengan kita melainkan kematian yang bakal menjemput kita BILA2 MASA, DIMANA JUA. Kerana kita hanya manusia. Yang hidup dengan ketentuan Ilahi!

Banyak kisah yang berlaku pada bulan Januari. Namun, kerana kesuntukan masa, dan jarang sekali untuk terus berada dalam Internet, banyak cerita2 itu menjadi kenangan dalam diri ini. dan masih tersimpan rapi dalam memori ini. dan insya’Allah, akan ku cuba untuk menceritakan setakat mana yang mampu ku kisahkan dalam tinta bisu ku ini.

Bulan Januari, menggamit seribu memori, apabila terbit cahaya sabit Muharam di bulan Februari. Dan sabit Februari, ku tenung dengan pandangan kosong yang tiada makna, melainkan hanya istighfar!

10 dan 11 Januari, adalah cuti hai raya qurban. Dan ketika ini, tiada apa yang aku ingatkan, melainkan mok dan ayoh ku yang berada di Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Hati ini sering berdebar2 apabila menonton dan mendengar kejadian Bangunan Terbakar dan Runtuh, dan lebih menakutkan, apabila ramai jemaah haji yang terbunuh dan cedera dalam kejadian berasak2 untuk melakukan Jamrah! Subhanallah! Maha Suci Allah, Engkau menguji setiap hambaMu, baik di Tanah Suci, mahupun kami yang menanti dan sering mendoakan mereka di sana. Tidak terlepas sekalipun dalam doa ku, selama 44 hari ketika mereka di sana. Dan bukan ku seorang, malahan adik2 ku, ibu bapa ku, dan juga kaum keluarga ku! Alhamdulillah. Walaupun langit kasih kami tidak secerah himpunan doa di langit Arafah, namun, Allah itu Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui. Dan ku sambut hari Qurban ini dengan panjatan doa yang tinggi, pada semua jemaah di sana. Sayu, rindu, dan sayang pada mereka semua. Semoga Allah merahmati pemergian mereka ketika melaksanakan rukun haji. Insya’Allah – Al-Fatihah!

18 Januari, sehinggalah 26 Januari, ada sahabat datang ziarah ke bilik. Menjenguk kawan, dan menyebabkan ku tak tidur lena, dan selalu tak cukup tidur, sampai ku demam! Hehehe, tapi tak ngapelah, kerana kawan punye pasal, semoga Allah melengkapkan apa yang kurang, dan dia merasai cukup dengan apa yang ada. Dan kerana kehadirannya juga, banyak juga kerja2ku terganggu. Tapi nak buat macam mana, terima ajelah!

21 Januari, hari yang malang bagi ku! Namun, malang itu adalah Qada dan Qadar Allah pada masa itu juga. Aku berhak menerimanya, dan aku wajib menerimanya! Malang, nasib baik, rezeki, sedang-molek, itu semua adalah takdir. Dan takdir itu adalah ketentuan Allah. Dan aku wajib menghadapi semuanya. Untuk pertama kalinya, ku bawa sahabat ku yang menziarahi ku ke Jusco Tebrau. Kononnya Jusco yang terbesar di selatan. Memang besar. Nak pergi punyalah jauh, dan panas plak tu. tapi tak sempat keliling Jusco dalam 15 minit, aku dah buat hal! Aku tertinggal kunci pada seat motor ku! Aku terlupa, kerana banyak sangat bergelak ketawa. Masa turun dekat parkir motor, aku sudah chuak! Mane kan tidak, kunci moto ku hilang! ARGH!!! – kisah seterusnya, tak yah cite la. Panjang sangat!! Hehehe... then, bile jumpe balik kunci motor aku tu, kite orang pon berhasrat nak blah dari tempat tu! sampai je kat area JPJ pasir gudang, moto ku pancit! ARGH!!! – ya Allah, sampai sebak dan nak menangis je masa tu. mana kan tidak, ma dan abah tau keadaan aku masa tu. cukup sesak! Mase tu aku berfikir, inilah nasib aku hari ni. Tapi masih lagi mengharapkan belas simpati dari Allah swt. Kecil dan lemahnya diri! Astagfirullah! – kisah seterusnya, tak yah la cite.. panjang sangat!! Then, dengan waktu Asar dah menjelma, kami masih lagi berada di atas motor. Kebasahan pula. Tapi hanya seketika. Nasib tak lebat! Dan kami sampai ke Angsana. Mencari surau! Menunaikan solat Asar dan berdoa panjang serta istighfar! Adakah ini nasib aku selepas ini? aku berdoa pada Tuhan, moga mengasihani diri ku ketika itu. Sebak! Dan selepas solat, kami berlegar2, mencari COOLPIX migie! Alhamdulillah! DAPAT! Lepas dapat, kami pergi la solat Maghrib! Alhamdulillah, tenang jiwa ku ketika itu. Namun, aku perlukan bantuan sokongan! Mangadu pada si Dear! Alhamdulillah, aku sedikit tenang dan mampu mengukirkan senyuman! Besarnya nikmat apabila si Dear menghantar SMSnya (korang tak tau ke kesan SMS / CALL dari orang tersayang? – mampu menenangkan. – Alhamdulillah, kerana itu jua adalah nikmat! Dengan SMS si Dear, Allah menenangkan aku. Alhamdulillah!). bila nak balik, semua helmet kami, (kecuali helmet aku ngan migie – kerana dah tau trick cuaca JB), dah bertakung ngan air hujan petang tadi! Muahahaha... nasib aku dah jadi baik sikit! huhuhu.. balik je ke skudai, terus cari AYUB! Tengok Arsenal! And malang and sakit hati bile tengok Arsenal kalah lagi ngan BOLTON! Aduh, malang sunggoh! Balik2 bilik, mandi, solat, mintak diampunkan dosa pada hari ini dan semalam2! Aku insan yang berdosa! YA ALLAH, ampunkan daku, aku insan durjana! Maka, tamatlah hari 21 pada tahun 2006 dengan kerendahan dan doa kepada ALLAH! Semoga Allah mengampunkan dosa2 ku! Astagfirullah!

25 Januari, mok ayoh dan tok teh sampai jugak ke tanah air, tanah tumpah darah mereka. 24 hb, mereka menetap seketika di Kelana Jaya, dan Alhamdulillah, mereka pulang ke Terengganu pada 25 hb. Ingat, nak jugak amek gambar kenangan dengan mereka. Namum, ku tak sempat. Kerana 27 Januari barulah ku pulang ke kampung..

27 Januari, pulang ke Terengganu adalah salah satu nikmat yang paling berharga. Betapa nikmatnya merasai perjalanan pulang balik ke kampung. Alhamdulillah. Selepas sekian lama menanggung rindu kepada mok dan ayoh, dapat juga ku peluk cium mereka berdua. Dapat jua ku merasai kehangatan pelukan kasih mok dan ayoh! Alhamdulillah! Dengan izin Allah, mereka dah merasai segala cabaran di Tanah Suci. Bagaimana jemaah Turki rebah dan meninggal di kaki ayoh ketika kejadian berasak2 di Jamrah, dan bagaimana kisah ayoh selalu menemani mok ke klinik kesihatan, kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sana, serta banyak lagi kisah2 kebesaran yang berlaku di depan mata mereka sendiri. Alhamdulillah, mereka dapat mengerjakan semua rukun haji, namun kesempurnaan, hanya terletak pada ketekunan dan keimanan mereka pada Allah swt. Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur! Insya’Allah!

Dan begitulah kisah ku pada bulan Januari, 31 hari pertama pada 2006! Dan tidak ku ceritakan di sini, bagaimana ku menjadi ‘pencuri’ di bilik sendiri. Hanya untuk menyiapkan present si Dear, yang amat bermakna dalam hidupku! Bila, hanya Dia dan dear saya saje yang tahu!!! Kuang3!!!

ADIOS!! WASSALAM!