. .

Tuesday, January 17, 2006

SAHABAT!

ditujukan kepada rakan yang telah lama menghilang, sepi dan senyap!
buat kenangan pada Budimanian!'99

satu rindu,
satu hati,
kita satu,
mencari ratu.

masing-masing berserah diri,
terkenang kata Ilahi,
usaha, pasti berjaya,
andai dilupai,
pasti hanyut diri.

engkau masih disitu,
dan aku masih disini,
apa yang dinanti,
tak diketahui,
saling berpandangan,
saling menjeling,
apa yang dijeling,
entah ke mana.

siapa engkau,
siapa aku,
dari mana usulmu,
itu jua asalku.

kepadaNya kita kembali,
setelah dunia diterokai,
tak dapat lari,
walau ke hujung dunia lagi,
Dia tahu mana hujungnya dunia ini,
rahsiaNya tak akan terbongkar,
untuk kita amati.

- eise, 2000 -

SURAT PADA RAKAN

Assalamu’alaikum w.m.t.

1. Salam Persahabatan

Menemui sahabat-sahabat yang kini sedang menikmati keindahan kehidupan yang berterusan, semoga senantiasa bahagia dan di limpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t. semoga persahabatan yang terjalin akan terus kukuh dan selalu mendoakan kebahagiaan sesama kita. Beradalah kita dalam lindungan dan pedoman, dan semoga kita selalu bahagia dengan kehidupan dan kebahagiaan keluarga masing-masing. Keluarga, aset penting dalam dunia ini. Tanpa mereka, siapa kita, dan dengan mereka, terzahirnya roh yang telah tertulis pada takdir kehidupan kita.

Semoga warkah ini dapat memenuhi masa yang terluang, dan tidak mengganggu persekitaran kehidupan sahabat-sahabat semua. Keberadaan surat ini hanya sekadar penghias jiwa yang masih memerlukan senyuman dan memenuhi kehendak hati yang ingin menanya khabar insan yang bernama teman. Semoga, sahabat semua dapat melapangkan dada dan menenangkan minda yang terkusut oleh pelbagai pertanyaan.

Tujuan sahabat menulis surat ini kepada sahabat semua adalah sekadar ingin berkongsi ilmu dan pendapat sahabat kepada sahabat semua. Semoga apa yang ditulis, dapat menghiasi jiwa yang ternoda, baik untuk sahabat, dan juga sahabat semua. Segala apa yang baik, datang dari Allah, dan mana yang buruk, datang jua dari Allah yang menzahirkan kesilapan itu kepada sahabat, supaya apa yang tersilap, dapat diperbetulkan. Dan sememangnya, sebagai seorang insan dan bernama insan, maka wajib bagi kita seorang insan melakukan kesalahan dan kesilapan. Semoga kesalahan itu menjadi pedoman buat kita semua.

Bersempena bulan kebesaran Nabi Junjungan : Muhammad s.a.w, maka sahabat ingin berkongsi dengan sahabat semua sedikit ilmu (tidak sampai setitik pun dari air laut, mahupun sesuku darinya) tentang Perayaan dan Sambutan Maulidur Rasul.

Sering kali kita terdengar mengenai Maulidur Rasul : Adakah Bidaah atau Sekadar Sambutan?

Maka sebelum sahabat pergi jauh dan lebih jauh lagi, sehingga membosankan sahabat sekalian, maka sahabat ingin menerangkan sedikit pengenalan tentang apa itu Bidaah. Mari kita kembali lagi ke zaman-zaman persekolahan dulu. Seperti yang diajarkan, bidaah terdapat dua, iaitu bidaah hasanah (baik) dan bidaah sayyiah (buruk). Itu, pada zaman-zaman persekolahan kita dahulu, di mana kita hanya bertaklid dan hanya mengikuti apa yang diajarkan seperti yang telah tersukat dalam silibus (sukatan mata pelajaran) Pendidikan Islam. Kan? Nak tanya lebih.... takut, malu, tak tahu, dan memang tak tahu apa yang diajarkan oleh Ustazah-ustazah kita di sana. Kan?

Bidaah (Bid’ah) – menurut bahasa : membuat @ mengadakan sesuatu yang baru, iaitu tiada contoh yang ditunjukkan sebelumnya.

Maka : Allah s.w.t telah membuat bid’ah, sejajar dengan dalil Al-Quran seperti surah Al-Baqarah:117 (sila rujuk tafsir, ayat dan terjemahannya sekali.) yang membawa maksud :

“Allah jualah yang telah menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya)....” – Al-Baqarah:117.

Maksud di sini, Allah menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh yang terdahulu, atau sebelumnya.




2. Jenis-jenis Bid’ah (terbahagi kepada 2)

a. Bid’ah Qawliyah I’tiqadiyyah : Segala jenis pendapat, iktikad (i’tiqad), dan pegangan yang menyesatkan, seperti pegangan golongan-golongan Muktazilah, Jahmiyah, Rafidah, dan sebagainya.
b. Bid’ah dalam Ibadat : Beribadah kepada Allah dengan ibadah yang tidak disyara’kan oleh Allah.


3. Hukum Melakukan Bid’ah

HARAM
SESAT

Bagi kamu perkara-perkara baru yang diada-adakan. Sesungguhnya, SETIAP perkara baru yang diada-adakan adalah bid’ah, dan SETIAP bid’ah adalah sesat” – Abu Daud, At-Tirmizi

Hadis di atas JELAS menerangkan bahawa:
Setiap perkara baru yang diada-adakan dalam AGAMA = Bid’ah
SETIAP bid’ah = SESAT dan tertolak amalan tersebut (tidak diterima Allah)

Maka pembahagian dua jenis bid’ah iaitu : hasanah dan sayyiah adalah silap dan salah. INI DIBUKTIKAN dengan sabda Rasulullah s.a.w yang sudah JELAS dan TERANG :

SETIAP bid’ah itu adalah sesat


4. Pendirian dan Sikap Ahli Sunah Wal Jamaah terhadap perkara Bid’ah

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sentiasa menolak dan mengingkari golongan bid'ah dan segala
amalan keji yang telah mereka lakukan. Berikut ini adalah beberapa contoh daripadanya:

Contoh Pertama

Abu al-Darda' telah masuk bertemu dengan ku dalam keadaan marah. Aku bertanya kepadanya: "Kenapa engkau ini?" Maka jawabnya: "Demi Allah! Aku tidak mengetahui suatu apa pun amalan mereka daripada perintah Nabi Muhammad s.a.w., melainkan mereka semua mendirikan solat."
(Hadith riwayat al-Bukhari)

Contoh Kedua

Daripada 'Amr bin Yahya, katanya: Aku mendengar bapa ku menceritakan daripada bapanya, katanya: Kami duduk di hadapan pintu rumah 'Abdullah bin Mas'ud sebelum solat Subuh. Apabila dia keluar nanti, kami pun akan berjalan bersama-sama dengannya menuju ke masjid.

Kemudian datang Abu Musa al-Ash'ari berjumpa dengan kami, katanya: "Adakah Abu 'Abd al-Rahman. telah keluar berjumpa dengan kamu?" Jawab kami: 'Tidak." Maka dia pun duduk bersama-sama dengan kami menanti dia keluar. Setelah Abu 'Abd al-Rahman keluar, kami semua bangun mendapatkannya.

Maka kata Abu Musa: "Wahai Abu 'Abd al-Rahman Aku baru sahaja melihat di masjid suatu perkara yang aku ingkarkannya. Aku tidak pernah melihat - Alhamdulillah - melainkan kebaikan". Kata Abu 'Abd al-Rahman: "Apa dia?” Jawab Abu Musa: "Sekiranya engkau panjang umur, nescaya engkau dapat melihatnya."

Katanya lagi: "Aku melihat di masjid suatu kaum yang membuat bulatan semasa duduk menunggu solat. Di setiap bulatan itu terdapat seorang lelaki yang memegang di tangannya batu-batu kecil. Maka dia mengatakan: "Takbir 100 kali!" Maka mereka pun mengucapkan 100 kali takbir.
Kemudian dia mengatakan: "Tahlil 100 kali!" Maka mereka pun mengucapkan 100 kali tahlil. Katanya lagi: "Tasbih 100 kali!" Maka mereka pun mengucapkan 100 kali tasbih."

Kata Abu 'Abd al-Rahman: "Tidakkah engkau perintahkan mereka supaya membilang kekejian mereka. Aku jamin amalan mereka itu tidak menambah sedikit pun kebaikan kepada mereka."

Kemudian dia pun pergi dan kami pun mengekorinya, sehinggalah kami sampai kepada bulatan tersebut dan kami berdiri menghadap mereka. Maka kata Abu 'Abd al-Rahman: "Apakah perkara yang kamu semua lakukan ini?" Jawab mereka: "Wahai Abu 'Abd al-Rahman! Batu-batu kecil ini kami gunakan untuk mengira takbir, tahlil, tasbih dan tahmid." Kata Abu 'Abd al-Rahman: "Kiralah kekejian kamu. Aku jamin bahawa amalan kamu ini tidak akan menambahkan sedikit pun kebaikan buat kamu. Celakalah kamu, wahai umat Nabi Muhammad s.a.w.! Apakah sebabnya kamu mudah benar binasa? Sedangkan para sahabat Baginda masih lagi ramai, baju yang Baginda pakai dahulu pun masih belum koyak dan bekas minuman yang Baginda gunakan pun masih belum pecah. Demi Allah yang diriku di tangan- Nya! Apakah kamu kini berada di dalam suatu millah (jalan, pedoman) yang lebih baik (*rekaan mereka sendiri, sedangkan Nabi s.a.w tidak melakukannya*) daripada millah Nabi Muhammad s.a.w.? Atau apakah kamu hendak menjadi pembuka jalan kesesatan?" Jawab mereka: "Demi Allah, wahai Abu 'Abd al-Rahman! Kami lakukan itu semua kerana hendakkan kebaikan." Kata Abu 'Abd al-Rahman: "Berapa ramai orang yang memang berkehendakkan kebaikan, tetapi mereka tidak memperolehnya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kepada kami: Bahawa terdapat suatu kaum yang membaca al-Qur'an, tetapi bacaan mereka itu hanyalah melewati batang tenggorok mereka sahaja. Demi Allah! Aku tidak tahu siapakah mereka itu. Barangkali sebahagian besar daripada merekaitu adalah daripada kalangan kamu." Kemudian Abu 'Abd al-Rahman terus meninggalkan
mereka.

Kata 'Amr bin Salamah: "Kami lihat kebanyakan mereka itu telah menyerang kami di
pertempuran al-Nahrawan bersama-sama dengan kaum Khawartj
.”
Hadith riwayat At-Tirmizi.
*penerangan sahabat penulis sendiri*


5. PERAYAAN MAWLID NABAWI (Maulidur Rasul) **

Amalan menyambut Mawlid Nabawi adalah suatu amalan yang meniru golongan Nasrani. Ramailah daripada kalangan kaum Muslimin yang jahil dan para ulama' yang menyeleweng mengadakan sambutan Mawlid Nabawi pada bulan Rabi' al-Awwal setiap tahun. Sebahagian mereka mengadakan sambutannya di masjid, manakala sebahagian yang lain mengadakannya di rumah dan tempat -tempat yang tertentu. Maka ramailah daripada kalangan awam dan mereka yang cetek pengetahuannya menghadiri perayaan ini. Perayaan yang dirayakan ini seolah-olah meniru perlakuan golongan Nasrani ketika menyambut hari kelahiran Nabi 'Isa a.s. Kebiasaannya sambutan Mawlid Nabawi ini penuh dengan berbagai-bagai amalan bid'ah dan menyerupai kaum Nasrani. Selain itu ia tidak sunyi daripada wujudnya perbuatan mungkar. Antara contohnya seperti mengarang qasidah yang ghuluw tentang hak Rasulullah s.a.w., hingga sampai ke peringkat berdoa dan memohon pertolongan kepada selain. Allah. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan ghuluw memuji Baginda dengan katanya:

“Janganlah kamu melampau memuji ku sebagaimana kaum Nasrani melampau memuji Nabi Isa ibn Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba. Maka katakanlah hamba Allah dan Rasul-Nya”.
Bukhari dan Muslim

Kemungkaran yang mengiringi perayaan ini ialah persembahan nasyid beramai-ramai dengan alunan suara merdu diselangi dengan Pukulan rebana serta lain-lain zikir sufi yang bid’ah. Selain itu terdapat juga percampuran di antara lelaki dan Wanita yang boleh menimbulkan fitnah dan boleh menjatuhkan mereka ke dalam perkara keji. Malah, kalaulah mereka mengatakan bahawa perayaan ini bebas daripada segala perkara yang dibimbangkan tadi, tetapi ia hanya terbatas kepada perjumpaan untuk menjamu makan dan menyatakan rasa kegembiraan sahaja. Sungguhpun begitu ia tetap bid’ah, kerana ia merupakan perkara baru yang diada-adakan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Setiap perkara baru yang adakan adalah bid'ah. Dan setiap bid’ah adalah sesat
Bukhari dan Muslim

Selain itu perbuatan tersebut juga merupakan wasilah (jalan, cara) yang boleh membawa kepada berbagai-bagai tokok tambah yang boleh menimbulkan bermacam-macam bentuk kemungkaran sebagaimana yang pernah terjadi di dalam perayaan-perayaan yang lain. *Pendapat penulis buku tersebut : lanya adalah bid'ah, kerana tiada dalilnya di dalam al-Kitab dan al-sunah serta bukannya merupakan amalan golongan salaf al-salih (golongan umat terdahulu) di dalam kurun-kurun yang utama dahulu. la adalah perkara-perkara baru yang diada-adakan oleh golongan Fatimiyyun Syiah selepas kurun keempat hijrah.

Kata al-Imam Abu al-Hafs Taj al-Din al-Fakihani r.a.: "Katanya: Telah timbul banyak sekali soalan daripada jama'ah tentang perjumpaan yang dilakukan oleh sebahagian manusia di dalam bulan Rabi' al-Awwal dan mereka menamakannya majlis Mawlid Nabawi. Adakah amalan ini mempunyai dalilnya di dalam agama? Mereka berharap kami dapat mengemukakan jawapannya dengan jelas dan terang. Maka jawapan kami, wa billahi al-Tawfiq: "Kami tidak mengetahui bahawa majlis Mawlid Nabawi ini mempunyai dalilnya di dalam al-Kitab dan al-sunnah. Demikian juga ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ulama' umat ini, sedangkan mereka memang merupakan contoh teladan di dalam agama ini Bahkan perayaan Mawlid Nabawi ini sebenarnya merupakan amalan baru rekaan golongan batil dan perbuatan mengikut nafsu golongan yang mencari makan dengan dunia.

Menurut Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah r.a.: "Demikian juga segala perkara baru yang diada-adakan oleh sebahagian manusia, maka ia boleh jadi sama ada menyerupai golongan Nasrani yang menyambut hari lahir Nabi Isa a.s. atau kerana mencintai dan mengagungkan Nabi Muhammad s.a.w. .Sesiapa yang menjadikan tarikh Mawlid Nabawi itu sebagai perayaan walaupun berbeza dengan sambutan hari jadi yang dilakukan oleh manusia, tetapi perbuatan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh kalangan salaf (umat terdahulu). Kalaulah perayaan ini suatu perkara yang memang ternyata baik, tentulah kalangan salaf lebih dahulu melakukannya daripada kita, kerana mereka memang sangat mencintai dan mengagungkan Rasulullah s.a.w. lebih daripada kita, dan mereka memang menaruh perhatian yang amat sangat terhadap segala amalan kebaikan. Sesungguhnya mencintai dan mengagungkan Rasulullah s.a.w.,adalah dengan menurut jejak dan mentaati Baginda, mengikut segala perintah Baginda, menghidupkan sunahnya zahir dan batin, menyebarkan segala ajaran Baginda, berjihad mempertahankan risalah Baginda dengan hati, tangan dan lidah merupakan jalan daripada kalangan Muhajirin dan Ansar dan orang yang mengikuti jejak mereka dengan kebaikan.

** Dipetik, dan diubahsuai dari buku “Bid’ah : Konsep dan Pengertiannya, Dr. Salih ibn Fawzan ibn ‘Abdullah al-Fawzan, 1994, Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd, Kuala Lumpur – diterjemahkan oleh : Baharuddin Ayudin”




6. Penutup

Baiklah sahabat sekalian. Sememangnya sahabat sekalian seorang yang amat penyabar dan sanggup mengambil masa untuk membaca ilmu yang dituliskan di sini. Sahabat berharap, sahabat sekalian dapat menyampaikan ilmu yang diberikan ini, kerana sahabat menyampaikan dari kata-kata dan ayat-ayat yang disampaikan dari Al-Quran dan Al-Hadis (sahih). Maka, di sinilah gunanya ayat yang selalu digunakan oleh para sahabat kita iaitu “sampaikanlah kepada saudara kita yang lain, walaupun hanya sepatah”. Diingatkan, bahawa ayat tersebut hanya boleh di sampaikan jika ia berlandaskan dalil dan nas-nas yang terang lagi jelas. Jika tidak diketahui mana asal dan hujung pangkalnya, ditakuti kita akan menyampaikan risalah yang bercampur dengan subahat dan hawa nafsu. Maka, awaslah dalam menyampaikan sebarang ilmu. (tak kirelah Maths ke, Aljabar ke, Kalkulus ke, Science ke, kan??)

Sesungguhnya, ayat-ayat yang dinyatakan dalam bab-bab 2-5 adalah dari himpunan dari beberapa buku dan hanya diubah sedikit bagi memudahkan maksudnya kepada para sahabat sekalian. Maka, sekiranya terdapat pelbagai kesalahan dan tersinggung, maafkanlah sahabat. Niat di hati teramatlah ikhlas. Hanya untuk menyampaikan apa yang benar dan benar sahaja. Jika tersalah kata dan bahasa, maafkanlah. Tiada niat di hati hamba hendak melukakan hati dan perasaan sahabat-sahabat semua.

Jika sahabat semua berkemampuan, sebarkanlah dengan pelbagai cara. E-mail, Black Mail (Heheh...), Air-Mail or What Mail lah!! Asal tidak menyusahkan. Kan? Akhir kalam yang berkatrij ink printer dan potostat ini, hamba mengundurkan diri dulu. Kirim salam dari sahabat kepada sahabat sekalian. Wassalam. Ma’as salamah, bil-liqo. (Till then, bye...)


Yang benar,
wanorsham@yahoo.com
fadenwanbadresha
From E-By Lab (FeL)

ALAMAT UNTUK SU!

Alamat Ini Untuk SU!
Tahniah SULIANA!

Kepada :

Erma Suzia Bt. Abdul Rahman,
1360-A, Jalan Budiman,
Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu.
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Ezaity Esirah Bt Che’ Aziz,
578-B Lorong Tok Payong,
Kampung Dusun,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Juzailah Bt Mamat,
574 Lorong Tok patong,
Kampung Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Zaliha Bt Mohamed,
199-A, Wakaf Mempelam,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Munira Mat Zain,
996-B, Jalan Sultan Mahmud,
Kampung Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.




Kepada:

Che Sharifah Bt Che Harun
458-C, Kampung Kolam Atas Tol,
21070 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Nor Hafiza Binti Bakar,
373 Kampung Tok Adis,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Suliana Bt Musa,
Lot 247, Jalan Budiman,
Kampung Mengabang Tengah,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Wan Nazilah Bt Wan Muda,
1069 Jalan Sultan Zainal Abidin,
Kampung Ladang Pasar,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Wan Mohd Azlan Bin Wan Wahab,
1365, Jalan Surau Haji Mohd,
Kampung Nibong,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.




Kepada:

Norhayati Abdullah,
1347-B Jalan Sultan Mahmud,
Kampung Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Suraya Binti Ismail,
1015 Jalan Sultan Mahmud,
Kampung Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Nur Firdaus Binti Ismail,
1390-D Kampung Kolam,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Nur Laela Bt Khaliah @ Khalid,
1132 Jalan Sultan Mahmud,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Kepada:

Cik Mona Liza,
No. 8, Kampung Ladang Sihat,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.




Kepada:

Cik Hamidah,
YPKT F2 No 2-1,
Desa Keluarga,
Kampung Kubang Ikan,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Kepada:

Mohd Izwan Bin Mohd.


Kepada:

Shafida Binti Md Isa,
Kolej Komuniti Rompin,
Jalan Pekan-Rompin,
26800 Kuala Rompin,

Pahang Darul Makmur.

Monday, January 16, 2006

http://kepokwasabi.fotopages.com


Assalamu'alaikum wmt
Kepada seseiapa yang berminat dan suke sangat nak tengok gambar2, boleh la masuk http://kepokwasabi.fotopages.com
bukan saja2 atau suke2, tapi sekadar meletakkan hobi pada tempat yang betul. memandangkan sem ni dah amek fotografi, insya'Allah, nak jugak tengok hasilnya selepas ni. adakah makin baik, atau makin poyo!
orang ramai kate (Encik Puad), kalau kite amek gambar, and kite pasan yang gambar tu cantek banget, insya'Allah, kita tak akan ke mana2. so, dengan tunjuk ajar lecturer, kawan2 lama dan baru (especially Nuar, Migie and Huda), dan juga adik tersayang (Adik Nor!! Kak Nor rindu sama kamu! Abang Nor pon rindu gak! balik kekgi tengok mok, jangang galok tak mboh balik plok! kang dok saje2 kene keppoek pale tu!! hehehe), di harapkan akan dapat menambah ilmu dan skill2!!! hehehe
Thanks to someone, that make my FP to become reality! (^^,)v

Friday, January 13, 2006

Letih BerHIRAGANA!



Lepas sakit kepale buat Dreamweaver, terus dah tak de idea nak buat ape. last2, ambik note Jpon jugak yang jadi mangsa. praktis menulis tulisan hiragana! aduh, susahnya nak buat mata kail! tangan yang dah keras ni memang dah krem nak buat lembut2!


dan lepas penat tu, tengok2 jam dah lewat banget, sampai pukol 2.30!! hahaha.. mane la tak keras tangan ni dok menulis tulisan macam mate kail + bulat2 + terpotong2 tu... huhu.. penat seh!!

WEEK - Three

Assalamu'alaikum wmt

Hari ini saya just playing around the Internet! cari bahan untuk PSM2 ni. Huh, pening dan sakit kepale plak bile fikir2 PSM ni. Sekarang dah masuk zon kecemasan, namun, payung masih belum dibuka! aduh! sakitnya kepala.

minggu depan minggu insert-delete subjek, so sape2 yang nak insert-delete subjek tu, silalah berbuat demikian sebelum terlambat. Kelas Jepun minggu ni, sepatutnya dah masuk kelas yang ke-3, tapi Kumara Sensei ni manela menghilang. Missing in Action. Ramai jugak yang pegi bilik dia, tapi dia tak ade! haha! suatu teka-teki yang patut diperjelaskan sebaik mungkin apabila die balik mengajar lepas ni. dan satu perkara yang wajib selepas ni, confirm, die akan tarik lagi pagi sabtu kami. huhu, sabtu lepas pon takde, sabtu esok pon, tak tau lagi ada ka, tak da ka! O' Kumara Sensei! mana Sensei pergi! saya dah cakap a', i', u', e', o', ka', kai', ku', ke', ko'!! okelah, hiragana dah pandai tulus dah! huhu..

dan minggu insert-delete next week, saya just delete subjek Puan Aryati - Sistem Bantuan Keputusan dan di tukar dengan subjek Tn. Haji Taib - Kawalan dan Audit. hehehe.. nak cite pasal subjek Audit, Prinsip Akaun, Perakaunan, Ekonomi ke, ape ke, saya memang cukup fobia dengan perkataan2 tersebut. makluamlah, pandai urus duit sendiri je, tapi tak delah sampai kene urus kewangan orang! Lawaknye, sempitnye pemikiran saya ni. macam semester lepas, saya tak ambik subjek sistem perakaunan, (yang bebudak ni ramai dapat A ngan - Puna Nor Hidayati - sekarang tengah sambung PhD ngan suami dia Encik Nazir!). menyesal jugak sebab tak amek! kalau saye amek, insya'Allah, mungkin dapat jugak kot? hehehe

Kelas Haji Taib best la jugak. tapi kadang2, apa yang diajar tu banyak jugak kompleksitinya. saya pon dah pening2. tu tak bace lagi module or reference die tu. Subhanallah, module saje pon dah macam novel harry potter! huhu.. jenuh nak bace, nak kene paham lagi.. hehehe.. maklumle, BI pon tak power sangat katekan!

dan sesape nak grad pada sem ni. cepat2lah pergi amek borang Audit Penganugerahan Ijazah, sebelum korang lupe sangat2. yela, nanti sibuk tu la ini la!

"Al-Injil" - DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR

Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman.. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

Thursday, January 12, 2006

DOA Untuk Hari Ini

Diedarkan kepada mereka gelas yang berisi khamar dari sungai yang mengalir. As-Saffat :: 45

Buat Pengingat Diri!

Assalamu'alaikum wmt

Mintak maaf banyak kepada sesiapa yang ada masa untuk meluangkan seketika memasuki blog yang tak seberapa ni. tiada apa yang hendak dikomentarkan kali ini. memandangkan saya pon agak sibuk dua 3 saat kebelakangan ini, maka, saya rasa, agak tiada kesempatan untuk menulis dalam ruangan ini.

terutamanya kepada kawan2 yang dah bekerja, saya ucapkan tahniah kepada mereka yang telah tamat belajar dan mengharungi suka duka ketika berjuang bersama, naik bukit turun bukit, dan motor kena rantai ngan pak guard adalah salah satu dugaan yang tak seberapa berbanding pengorbanan ibu bapa.

kepada rakan2 yang masih lena dan leka, sudah2la dengan kelekaan anda tu, tak ke mana jugak nanti. insya'Allah, kalau anda jujur dengan diri anda sendiri, maka tidak hairan anda akan menjadi satu makhluk yang berjaya disuatu ketika nanti, di dunia, dan di akhirat, belum tentu, maka, marilah sama2 kita berusaha ke arah itu. cakap kosong aje tak gune jugakkan!

kepada rakan2 yang ada PSM2 sem ni, (and ade jugak yang amek sekali ngan subjek - termasuklah aku!!! hehehe..), saya nak ucapkan, selamatla dalam PSM anda semua.. (termasuk akulah ni!! hahaha!!) ingat senang ke nak lepas PSM! so, jangan main2la oke! ni nasihat untuk diri sendiri 100% ni!! hehehe...

buat yang teristimewa, keep on smiling on ur pretty face! thanks for supporting me for entire my life, insya'Allah!! kan? kan? kan? i will do my best! insya'Allah (itulah sebaik-baik promise!! (^^,)v)

Minggu ke-3

To All PSM2 Students

Please keep track your PSM project and please attand PSM2 class!

And make sure, your Gantt Chart, it must be tally with your progress!

For more and further info, please click
http://web.fsksm.utm.my/~psm/
v(^_^)v ~ chaiyo!