. .

Monday, October 24, 2005

20 Ramadhan

Perkenalan Ramadahan.

Kehadirannmu disambut dengan penuh kesyukuran,
Sesungguhnya dikaulah bulan yang kami nantikan,
Untuk kami menambah kekuatan jiwa,
Dan menzahirkan cinta kami pada Yang Maha Esa.

Ramadhan,
Kedatanganmu membelai malam-malam kosong kami,
Malammu penuh dengan keberkatan yang tak kami terokai,
Moga ibadah semalam diterima Ilahi,
Mencari malam-malam yang agung,
Tanda kelemahan dan kehinaan diri,

Ramadhan,
Berlalu jua pertengahanmu,
Membawa seribu keberkatan,
Kami menyambut akur dan sedih,
Kami akan kehilangan Ramadhan kali ini.
Sering kali ucap dibibir kami,
Adakah Ramadhan depan menjelma lagi?

Ramadhan,
Pergimu dengan seribu kenangan,
Pahit, manis, semuanya bermain dihati kami,
Kami tangisi pemergian Ramadhan.

Tuesday, October 18, 2005

Bersama Belajar Mengambil Gambar v(",)

SUATU HARI BERSAMA SAUDARA AZLAN, BUKAN TED ADNAN!!!

Azlan, suatu nama yang sering meniti dibibir para sahabat kami.
Periang, peramah, kadang terlebih ramah, dan kadang gile.
Azlan, sedang belajar ambik gambar,
maklumlah, kecil-kecil tak pernah pegang kamera,
bile besar, baru le nak pakai kamera bagak jugak power.

shesheh v(",)

Wednesday, October 12, 2005

IHYA!! IHYA RAMADHAN!!


Assalamu'alaikum w.m.t.

Ramadhan kembali lagi menemui kita kali ini. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan 1426H kali ini. Sesungguhnya, kita seharusnya gembira dan bersyukur kerana masih lagi dapat menghidu kesegaran pagi ketika bersahur, dan kegembiraan ketika berbuka. Sesungguhnya, Allah s.w.t mahukan kita mencapai sesuatu yang terbaik dalam diri kita.

Segala amalan yang ada, hanyalah untuk dipersembahkan padaNya. Kita sememangnya diciptakan didunia ini untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Ada yang pernah bertanya kepada saya, Apakah kita melakukan segala tanggungjawab ibadah ini hanya semata-mata untuk mendapatkan Syurga atau, mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah? Maka, saya sudah mengangkat bahu sambil berkata, "Sememangnya kita adalah manusia biasa, hanya segelintir dari kita sahaja yang mampu untuk mencapai tahap rasa kecintaan kepada Allah. Kita hanyalah manusia biasa, yang hanya mengharapkan balasan syurga. Jika ditanya kepada sesiapa pun, kebanyakkan dari mereka menjawab secara spontan, yang mereka mahukan balasan Syurga. Kita harus ingat, Syurga adalah tempat bagi mereka yang beriman saja. Dan mereka yang beriman, adalah mereka yang taat kepada Allah dan sayangkan Rasulullah. Dan sayangkan Rasulullah adalah amalkan apa yang baginda ajarkan, dan sampaikan. Bukan menyampaikan apa yang baginda tidak cakapkan, walaupun baginda amalkan. Inilah orang Islam kita sekarang, kebanyakkan orang Melayu, suka sangat menyampaikan hadis-hadis dhaif dan maudhu'. Bila dicakapkan hadis tersebut hadis maudhu', maka niat nak buat amal dah kurang...". Penat sungguh melayan cakap dengan kawan saya seorang ni.

Apa yang penting, pada bulan Ramadhan ni, sama-samalah kita berilmu dan beramal kerana ALLAH dan mengikut setiap gerak geri Rasulullah s.a.w. Tak mustahil, walaupun sudah 1400 lebih kita ditinggalkan Rasulullah s.a.w. Amalkan apa yang tercatat dalam hadis-hadis besar oleh Bukhari dan Muslim, Tarmizi dan banyak lagi, tanyakan juga kepada yang ahli dalam bidangnya. Seperti Syeikh Nasirudin Albani dan sebagainya. Maka insya'Allah, kita tidak akan lari jauh dari amalan dan gerak geri Rasulullah.

Sifat Nabi s.a.w juga adalah Al-Quran itu sendiri (Hadis diriwayat dari Aisyah r.a). Maka, janganlah baca sekadar baca dan taranum yang sedap sahaja. Bacalah sekali tafsirnya. Memang nak baca tafsir tu agak memeritkan, tapi, bacalah, agar kita faham dan tahu apa yang berlaku dengan dunia dulu, kini, dan masa depan. Sememangya ada tafsiran yang tersirat dari nombor-nombor surah dalam Al-Quran menggambarkan keadaan dan kejadian masa depan. Kalau tak percaya, lihat sendiri Surah Ar-Rum, Al-Kahfi dan banyak lagi.

Sesungguhnya, bulan Ramadhan ini memang tidak cukup sebulan sekiranya kita berasa patuh dan taat kepada Allah dan sayang serta kasih pada Rasulullah s.a.w. Marilah sama-sama kita mengamalkan apa yang benar dan dianjurkan oleh Rasul dan para sahabat, kerana merekalah pedoman dan panduan amalan kita.

Semoga apa yang disampaikan tidak meyinggung mana-mana pihak, namun ini sekadar tulisan yang ku rasakan perlu untuk ku sampaikan. Semoga kebaikan yang ada dapat disampaikan, dan jika ada kesalahan, beritahulah supaya kita boleh memperbetulkan keadaan yang terselisih. Perselisihan menjurangkan lagi perbezaan antara kita.

Amin.

Wallahualam.

Tuesday, October 11, 2005

RAMADHAN

Lepak-lepak Taman Bunga
AMARAN : Jangan minum air di siang hari di bulan Ramadhan. Posted by Picasa